1.) PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik
dan bukan akademik.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di
sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum,
dan Pentaksiran Psikometrik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan